Sebelum ini, kami telah mengajar anda bagaimana menguruskan pendapatan anda untuk memaksimumkan aliran tunai anda menggunakan 50/30/20 seiring dengan sistem belanjawan kami di Spendee. Adakah anda bersedia untuk meningkatkan pengetahuan pembelanjawan anda ke tahap seterusnya?
Anda sudah tahu bahawa langkah pertama pengurusan kewangan peribadi yang berjaya adalah menyimpan atau melabur sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bersih anda! 💰 Kami ingin menunjukkan cara memperuntukkan pendapatan bersih anda dengan lebih tepat.
Menggunakan Belanjawan dalam Kategori Khusus
Setelah kita tinggal dengan baki 80% — bagaimana sebenarnya kita menggunakannya? Adakah cukup untuk mengetahui bahawa 50% dari pendapatan bersih harus digunakan untuk keperluan & 30% untuk pembelian peribadi? Sekiranya ia berfungsi untuk anda, maka ia sudah cukup. Tetapi mungkin anda mendapati diri anda bergelut untuk memastikan kategori peruntukan tepat mengikut perbelanjaan. Mari kita lihat apa yang harus dimasukkan ke dalam perbelanjaan penting dan tidak penting & berapa peratusan yang disyorkan untuk menetapkan belanjawan! 💸
Kami memahami bahawa jenis peruntukan ini sangat bergantung pada lokasi kediaman anda dan perbelanjaan khusus wilayah lain. Harap anda boleh mempertimbangkan ini, kerana ini hanyalah cadangan umum untuk memberi inspirasi kepada anda, dan yang dapat anda sesuaikan untuk memenuhi keperluan anda.
Perbelanjaan Mandatori (50%)
Perbelanjaan ini berkaitan dengan keperluan anda — sesuatu yang tidak dapat anda bayangkan kehidupan seharian anda jika nda tidak mempunyainya.🙅🏼♂️ Sudah tentu, mempunyai tempat tinggal dan makanan untuk dimakan bukanlah satu-satunya perkara penting. Selain itu, kita semua bergantung pada bil lain yang perlu dibayar: mari kita pecahkan.
Perumahan (20–35%) & Utiliti (5–10%) 🏡
Kita semua mungkin bersetuju bahawa sebahagian besar pendapatan kita masuk ke dalam kategori ini! 😱 Di sinilah anda dapat melihat dengan mudah samada anda tinggal di atas atau di bawah kemampuan anda. Sekiranya anda menetapkan belanjawan untuk kategori ini, anda boleh mengesan apa sahaja yang anda bayar untuk penginapan anda. 🛁 Ia boleh menjadi pembayaran bulanan, peralatan penting atau gadaian — apa sahaja yang diperlukan untuk perumahan.
Makanan 🥐 (10–15%)
Anda mesti makan, tetapi anda tidak perlu makan di luar! 🍽 Kami memahami bahawa setiap orang mempunyai hubungan yang berbeza dengan makanan — ada yang menganggapnya hanya sebagai keperluan, dan bagi yang lain mungkin merupakan perbelanjaan yang berubah-ubah sama seperti hiburan. Terpulang kepada anda bagaimana anda membahagikannya! Sebaiknya simpan 10% dari pendapatan bersih anda untuk makanan, namun, jika anda tahu anda ingin menikmati makan dari semasa ke semasa, anda boleh menggunakan 10% ini untuk bahan makanan anda, dan mengesan perbelanjaan makan di sektor peribadi atau hiburan. Apa sahaja yang sesuai untuk anda!
📚 Pembacaan Yang Disyorkan:
- 20 Tips untuk Menjimatkan Perbelanjaan Barangan Rumah
- 20 Tips untuk Menjimatkan Perbelanjaan Makan Di Luar
Insurans 💊 (5–15%)
Ianya langkah yang bijak untuk menyenaraikan semua pelan insurans anda di satu tempat! 🚑 Sama ada insurans kecacatan, insurans kereta atau insurans kesihatan (dan ada banyak yang lain!) Anda harus tahu dengan tepat berapa banyak yang anda bayar.
Penjagaan Kesihatan 👨🏼⚕️ (5–10%)
Penjagaan kesihatan jauh boleh lebih berubah daripada insurans — walaupun mereka mempunyai tahap kepentingan yang sama. Sebarang preskripsi, lawatan ke doktor, alat perubatan atau rawatan perubatan harus dimasukkan dalam kategori ini. 👨🏼⚕️
Pengangkutan 🚘 (5–15%)
Tidak kira di mana anda tinggal, sangat penting untuk menggunakan beberapa jenis pengangkutan harian untuk sampai ke tempat yang mesti anda tuju. Secara praktikal, anda boleh menggabungkan semua perbelanjaan yang berkaitan dengan pengangkutan harian — seperti pas pengangkutan awam, pembayaran kereta, tol atau kos penyelenggaraan anda. 🛠 Oleh kerana kita bercakap tentang perbelanjaan penting, tidak digalakkan menggunakan belanjawan ini untuk kos perjalanan juga.
Perbelanjaan Peribadi (30%)
Perbelanjaan ini meningkatkan gaya hidup anda, dan merangkumi sebarang pembelian atau aktiviti yang tidak perlu, tetapi bagus untuk dimiliki. 🍀 Di sinilah anda dapat menjimatkan paling banyak setiap bulan dan menggunakan baki wang untuk simpanan atau bulan depan!
Peribadi 🙋🏼♂️(5–10%)
Kategori ini dianggap sebagai gaya hidup, meletakkan bersama semua jenis perbelanjaan penjagaan diri. 💆🏼♀️ Beberapa contoh termasuklah fesyen, majalah, produk kecantikan atau keahlian gim. Kerana ini adalah perbelanjaan yang berubah-ubah, anda boleh memutuskan apa yang anda anggap sebagai perbelanjaan peribadi dan menunaikannya. 🛍
Hiburan 🎬 (5–10%)
Mari bersikap jujur - kehidupan tidak harus hanya dengan membayar utiliti dan pergi bekerja. Adalah penting dan sihat untuk membelanjakan sebahagian daripada pendapatan anda untuk hiburan dan keseronokan anda. ⚽️ Perbelanjaan ini merangkumi segalanya dari konsert, buku, permainan video, acara sukan, hobi, percutian hingga langganan seperti Spotify atau Netflix.🎧 Pada dasarnya ia adalah apa sahaja yang dapat menolong anda menghabiskan masa lapang & menggembirakan anda!
Pelbagai/Lain-lain 🧩 (5–10%)
Baiklah … kategori ini adalah jaring keselamatan yang anda cari! Mungkin anda masih belum mengkategorikan perbelanjaan, atau anda sudah mencapai bajet dari kategori lain. 🤷🏼♀️ Jangan bimbang, 10% terakhir ini betul-betul boleh anda gunakan untuk terus menjejaki kewangan anda.
Bagaimana untuk bermula? 💪🏼
Kami faham bahawa mempunyai begitu banyak kategori dan anggaran mungkin terlalu merunsingkan anda! 🤯 Anda sudah pun membuat langkah pertama — dan ianya adalah mengetahui peraturan umum pembahagian ini. Seperti yang kami nyatakan sebelumnya, ia tidak semestinya peratusan tepat yang perlu anda ikuti — tetapi ini adalah langkah pertama yang baik untuk mengetahui perkara yang paling sesuai untuk anda. 🥳 Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pembelanjawan?
Baca lebih lanjut di : Pembelanjawan 101 — Memahami Pembelanjawan dan Mula Memanfaatkan Wang Anda
Adakah anda mempunyai kategori masalah tertentu yang ingin anda ikuti? Mulakan secara kecilan dan cipta belanjawan — kami akan membantu anda menguasainya