“Pendapatan yang lebih tinggi tidak akan menyelesaikan masalah anda jika aliran tunai anda adalah masalahnya’” — Robert Kiyosaki
Aliran Tunai Mengukur Pergerakan Wang Anda
Aliran tunai peribadi anda adalah secara dasarnya pendapatan anda ditolak dengan perbelanjaan anda untuk satu tempoh tertentu — kebiasaannya satu bulan. Peter Drucker pernah menyatakan bahwa jika ada tidak boleh mengukurnya, anda tidak akan boleh mengurusnya — dan itulah sebabnya kami di sini untuk membantu anda!
Jika anda ingin untuk mampu memiliki barang yang anda suka tanpa perlu bergantung pada pinjaman, jika anda ingin mengembangkan simpanan anda atau memulakan pelaburan, anda perlu bermula dengan yang paling penting: aliran tunai anda.
Berapa Banyak yang Anda Mampu Simpan
Kami dapat simpulkan dengan mudah mengenai aliran tunai ialah apa yang anda mampu simpan daripada gaji anda setiap bulan. Ianya penting untuk mengetahui samada anda berbelanja lebih atau kurang lebih daripada pendapatan anda, kerana berbelanja lebih daripada pendapatan anda bermakna akan mengurangkan simpanan anda atau malahan terjebak dalam lingkaran hutang. Dan kami tidak mahukan ia berlaku.
Mari Mulakan Dengan Langkah Yang Mudah Ini
Menjejaki Perbelanjaan
Telah menggunakan Spendee untuk memahami wang anda? Already using Spendee to understand your money? Itu permulaan yang bagus! Ambillah kesempatan daripada analisis yang bagus itu untuk terokai dimana tempat kelemahan anda. Bagaimana anda membahagikan pendapatan anda? Apakah kategori perbelanjaan anda? Terdapatkah sebarang ruang untuk anda mengurangkan perbelanjaan di dalam sebahagian kategori? Tetapkan belanjawan untuk memastikan anda tidak melangkaui had anda.
Peraturan 50–30–20
Pakar kewangan mengesyorkan untuk mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bersih anda setiap bulan. Ianya paling bagus untuk mengasingkan 20% serta-merta selepas gaji anda diperolehi. Anda seharusnya meletakkan wang itu ke dalam akaun simpanan anda, melaburkannya, atau membayar semula hutang jika ada. Setelah anda mula mempraktiskan langkah ini, ia akan menjadi satu kebiasaan dan menjadi mudah untuk dilakukan! Tetapi apa yang patut dilakukan dengan wang baki 80%?
Seterusnya, memperuntukkan 50% daripada pendapatan bersih anda untuk keperluan (contohnya sewa, utiliti, pengangkutan atau barang-barang rumah) . Secara asasnya, apa-apa yang penting dan perlu dalam hidup harian anda, patut dimasukkan dalam kategori ini! Sudah tentu, ianya hanya merupakan peraturan biasa dan ianya mustahil untuk membahagikan wang anda secara tepat. Apa yang kami cuba katakan ialah, ia merupakan langkah bijak untuk memuatkan keperluan kepada pecahan 50%. Berbelanja lebih daripada itu mungkin bermakna bahawa gaya hidup anda adalah lebih mewah daripada yang anda mampu. Contohnya, jika 45% daripada pendapatan bersih anda hanya merangkumi sewa, anda mungkin tidak akan dapat memasukkan insurans, barang rumah, bil dan bayaran bulanan ke dalam peratusan 5% yang berbaki itu. Mungkin anda patut mendapatkan tempat tinggal yang lain yang lebih murah. Jika anda membelanjakan kurang daripada 50% untuk keperluan, ianya sentiasa merupakan langkah untuk meletakkan bakinya kepada simpanan atau pelaburan anda.
Anda boleh menggunakan baki 30% untuk perbelanjaan peribadi (kehendak anda) — ini adalah semua perbelanjaan yang meningkatkan kualiti gaya hidup anda. Ianya adalah pakaian baru anda, produk kecantikan, hiburan atau percutian yang akan masuk ke dalam kategori ini. Dan banyak lagi! Sebab itulah kategori ini selalunya yang paling anda boleh kurangkan perbelanjaannya. Untuk menjejakinya, anda boleh mencipta belanjawan yang akan membantu menyimpan wang sebenar anda dan kekal dalam had yang ditetapkan dalam belanjawan untuk keperluan dan perbelanjaan peribadi.
Disyorkan: 3 Peraturan Pembelanjawan yang Anda Perlukan Dalam Hidup Anda
Hubungkan Akaun Bank Anda
Walau apa pun matlamat kewangan anda, anda seharusnya berusaha untuk mencapai perbezaan positif paling besar antara pendapatan dan perbelanjaan anda. Apabila anda mengemas kini akaun Spendee anda setiap hari (samada secara manual atau dengan menghubungkan kepada akaun bank anda) ,anda boleh menantikan kemas kini secara peribadi mengenai kesihatan kewangan anda! Kami mengesyorkan untuk menghubungkan akaun bank anda untuk memudahkan proses analisis lebih mudah dijalankan.
Disyorkan: Adakah anda tahu Aliran Tunai bulanan anda?
Contoh
Seperti yang anda lihat, pendapatan Emily sebanyak €2,000 setiap bulan. Selepas dia memasukkan pendapatannya ke dalam Spendee, dia menggunakan peraturan biasa untuk membahagikan wang tersebut:
- €1,000 untuk perbelanjaan mandatori (50%)
- €600 untuk perbelanjaan pilihan peribadi (30%)
- €400 untuk simpanan atau bayaran semula pinjaman (20%).
Bagaimana untuk mengawal Aliran Tunai anda? Mulakan dengan menetapkan belanjawan seperti Emily! Cara paling mudah untuk bermula ialah dengan menetapkan belanjawan bulanan untuk semua perbelanjaan dengan had sebanyak 80% daripada pendapatan bersih anda. Spendee akan memberikan amaran apabila anda mula mendekati had ini.