Pembelanjawan 101 : Memahami Belanjawan dan Mula Memanfaatkan Wang Anda

Spendee
5 min readJun 9, 2021

--

Benarkan kami untuk membimbing anda menerusi keseluruhan proses dengan menggunakan bimbingan pembelanjawan utama kami : dijamin 100& info yang praktikal and 0% fikiran serabut. Mari terokai bersama misteri belanjawan, jom?

“Cara terbaik untuk patuhi belanjawan ialah dengan memulakan satu dahulu”

Err..terima kasih untuk nasihat itu, Spendee… tetapi bagaimana cara untuk melakukannya?

Apakah Belanjawan?

Pembelanjawan sebenarnya ialah satu peta jalan untuk kewangan peribadi anda — bimbingan visual yang penting untuk menyokong keputusan kewangan harian. Ia mengambil kira berapa banyak pendapatan anda, dan berapa banyak yang anda mampu (atau sanggup) belanjakan untuk sesuatu tempoh masa.

Secara dasarnya, ia menetapkan had yang anda tidak ingin melebihinya apabila anda membelanjakan wang anda. Spendee sebenarnya akan memberi amaran kepada anda apabila anda mula mendekati had ini. Anda boleh tetapkan belanjawan/bajet untuk semua kategori dan dompet atau hanya memilih sebahagian daripadanya. Contohnya anda mungkin ingin menetapkan bajet bulanan untuk semua kategori dan bajet mingguan berasingan untuk tujuan hiburan.

Adakah ia wajib? Tidak. Adakah ia akan membuatkan anda lebih dekat dengan matlamat anda dengan lebih cepat? Sudah tentu.

Pembelanjawan ialah Fesyen, dan Inilah Sebabnya!

1. Betul-betul Menjimatkan Wang Setiap Bulan

Komuniti pengguna Spendee bertebaran ke seluruh dunia! Data kami menunjukkan bahawa penetapan belanjawan di Spendee & mematuhinya membantu pengguna kami untuk membuat simpanan wang pada setiap bulan. Di Amerika Syarikat contohnya, nilai median untuk simpanan bulanan adalah lebih kurang 450 USD! Bayangkan nilainya untuk setahun. Rasa teruja? Baca mengenai nilai purata wang simpanan pengguna-pengguna kami di seluruh dunia. 🌎

2. Jadi Bos untuk diri sendiri

Ya betul, itulah yang saya sebutkan. Di saat anda memulakannya, anda akan mengawal sepenuhnya kewangan anda! Anda akan mengawal dan mengemudi sendiri aliran kewangan anda. Perasaan untuk benar-benar tahu untuk apa yang anda perlu belanjakan bukan sahaja tidak ternilai tetapi ia juga memperkasakan anda! Ia akan membantu merendahkan tahap tekanan anda, menjadi lebih berdikari, meningkatkan kesabaran & bebaskan diri daripada hutang lebih cepat. Pendapatan anda tidak mencerminkan siapa anda: tetapi sebenarnya bagaimana cara anda untuk membelanjakan wang anda. 💪🏼

3. Ia adalah satu Peluang

Kami tahu bahawa perkataan belanjawan itu sendiri ialah sesuatu yang menakutkan — kerana ia berkaitan dengan larangan, had & peraturan ketat yang perlu dipatuhi. Jangan menganggapnya begitu — hanya perubahan yang sedikit pada cara pemikiran, akan mendatangkan keajaiban. Jika anda berjaya untuk mematuhi belanjawan anda, banyak pintu peluang akan mula terbuka di depan anda. Ia akan membawa anda kepada kesihatan kewangan, keluar dari belenggu hutang, malahan atau pelaburan. 📈

Jadi Bagaimana untuk Bermula?

Tiada cara yang paling tepat sebenarnya, anda hanya perlu memulakannya. Jangan takut untuk bermula, hanya mungkin kerana ia tidak “sempurna” pada awalnya. Anda lebih baik daripada majoriti orang lain di luar sana, hanya kerana anda sekarang mendidik diri anda sendiri, jadi teruskan!

Semua orang tertanya-tanya apa resepi terbaik untuk belanjawan — walaupun kami boleh membimbing anda melalui pilihan yang disediakan, ia akan terpulang pada anda untuk memilih apa yang anda suka, susun & patuhinya.

1. Bahagikan Perbelanjaan Anda & Tetapkan Tempoh Masa

Seperti yang mungkin anda telahpun tahu, perbelanjaan anda boleh dibahagikan kepada mandatori (bil, utiliti, dan sewa) yang selalunya akan dibayar pada hujung bulan, dan perbelanjaan yang berubah (“kehendak” anda) iaitu yang terjadi lebih kerap. Belanjawan dan tempoh masanya harus ditetapkan bergantung pada jenis perbelanjaan. Terdapat beberapa rangka masa yang berbeza untuk dipilih:

  • setiap hari,
  • setiap minggu,
  • setiap 2-minggu,
  • setiap bulan,
  • setiap tahun,
  • pilihan sendiri.

Kami mengesyorkan Kombinasi Belanjawan Mingguan & Bulanan.

2. Pilih saiz Belanjawan anda Bergantung pada Kategori

Sebagai contoh, Simon tinggal di EU — dan pendapatan bersihnya adalah 1800 EUR. Dia mahu mula menyimpan wang — jadi untuk permulaan yang berjaya, dia mengasingkan 360 EUR, iaitu 20% daripada pendapatannya. Tetapi apa yang perlu dia lakukan dengan 80% bakinya?

Betul tekaan anda! Simon memutuskan untuk membelanjakannya dengan bijak, mengikuti pelbagai jenis belanjawan.

Mula-mula, dia mencipta belanjawan bulanan untuk baki 80% tersebut.

Kedua, dia sedar bahawa selain daripada menetapkan had bulanan bagi semua perbelanjaannya, dia juga perlu tetapkan belanjawan untuk kategori paling boleh berubah, dan menjejakinya secara berasingan setiap minggu. Selepas menganalisis kebiasaan perbelanjaan paling boleh berubah, dia mendapati yang dia seharusnya mengurangkan perbelanjaan untuk Makanan. Betapa bagusnya untuk idea untuk belanjawan mingguan! Makanan ialah lebih daripada hanya sebuah kategori — jadi dia memilih untuk mencipta belanjawan termasuk kategori ini : Barang-barang rumah, Makan & Minum Diluar.

Agihan yang disyorkan untuk makanan ialah 10–15% daripada pendapatan bersih anda, jadi dia memilih untuk mengasingkan 15% — dan ia ialah 67.5 EUR setiap minggu (270 EUR setiap bulan).

Woo-hoo! Belanjawan Mingguan telahpun terhasil. 🎉 Langkah seterusnya ialah dengan mematuhinya — dan disitulah dimana Spendee menjadi rakan pembelanjawan baginya!

3. Mematuhi Belanjawan

Selepas membeli belah dengan bertanggungjawab & mengikuti 20 Tips Bagaimana Berjimat untuk Barang Rumah kami, dia telah berjaya melakukannya: dia telah mencapai 50% daripada belanjawannya, jadi kami berikan notifikasi peringatan.

Pada hari terakhir pembelanjawan, Simon mendapati dia sebenarnya telah membelanjakan 48.5 euros untuk makanan pada minggu ini, iaitu 19 euro lebih rendah daripada had!

Minggu pertama telah selesai dengan jayanya!

4. Hasil

Selepas mengikuti belanjawan bulanan bersama dengan belanjawan mingguan untuk makanan, dia mendapati jumlah simpanan tambahannya ialah 212 EUR 🤩 Dia telah menyimpan sebanyak 72 euros untuk Makanan dan 140 euro untuk Kategori lain! 👏🏼

Jika dia boleh mematuhi belanjawan yang sama sepanjang tahun, simpanan tambahannya boleh menjadi sebanyak 2500 EUR setiap tahun, jika tidak bertambah lagi. Dan itu bukan simpanan keseluruhan! 🔥 Adakah anda ingat yang dia telah mengasingkan 20% daripada pendapatan bersih untuk simpanan setiap bulan? Itu adalah sebanyak 4320 EUR hanya kerana mengikuti langkah pembelanjawan yang mudah ini ! 😎 Secara keseluruhan, jumlah simpanannya ialah 6820 EUR setiap tahun. Dengan ini, dia akan mampu untuk mempunyai percutian mewah untuk keluarganya & masih terdapat baki jumlah simpanan yang banyak untuk tujuan pelaburan dan simpanan masa hadapan.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai topik belanjawan? Baca mengenai …

Keluarga Spendee Anda

📲 | Instagram | Facebook | Twitter

--

--

Spendee
Spendee

Written by Spendee

Personal finance app that gets your money into shape. Connect your bank. 💳 Track & analyze & budget your finances. 💰Download app here: http://get.spendee.com

No responses yet