Hutang 101: Apa yang perlu anda tahu

Spendee
6 min readJun 9, 2021

--

Pinjaman boleh menjadi alatan yang hebat, tetapi musuh yang berbahaya! Ia adalah satu keputusan besar yang semua orang patut memikirkannya dengan teliti.

Sudah tentu pinjaman boleh membantu anda dalam banyak cara, contohnya untuk menjadi seorang pemilik rumah — daripada membayar sewa kepada orang luar, sebaliknya anda memiliki tempat tinggal anda sendiri. Ia juga boleh membantu anda memulakan perniagaan anda sendiri, jika itu merupakan impian anda sejak dari dahulu lagi. Ia juga boleh menjadi penyelamat-hidup anda sekiranya terjadi apa-apa : tetapi wang kecemasan sepatutnya menjadi jaring keselamatan yang pertama.

Namun begitu, hutang berkait rapat dengan pelbagai keadaan hidup yang susah. Tahukah anda ianya musuh biasa bagi 80% orang Amerika? Orang yang berpendapatan rendah kadangkala terpaksa untuk mengambil hutang, dan akhirnya telah dibebani dengan lingkaran hutang. Mempunyai rekod kad kredit yang tidak bagus memburukkan lagi keadaan dan jalan untuk melepaskan diri daripada situasi ini boleh menjadi sangat menyeksakan. Gunakanlah hutang itu sebagai hamba anda, dan jangan sesekali meminjam wang semata-mata untuk pergi bercuti atau membeli barang-barang mewah!

Apakah hutang? 👀

Hutang secara dasarnya ialah wang yang dipinjam yang membuatkan anda membeli melebihi daripada yang anda mampu. Wang yang dipinjam itu dibayar semula pada masa akan datang, tetapi disertakan dengan yuran tambahan. Walaupun ini merupakan perkara yang kita sudah maklum, sebenarnya terdapat banyak lagi perkara lain untuk difahami di sebalik tabir — dan topik tersebut menjadi semakin kompleks dengan pantas. Hari ini, kami akan menerangkan terma asas yang akan anda temui berkaitan jenis-jenis hutang dan pengurusannya.

Mari bercakap mengenai pinjaman yang berbeza 💰

Anda perlu untuk meminjam wang? Pertama sekali, anda perlu memutuskan pinjaman mana yang paling sesuai untuk situasi peribadi anda. Berikut merupakan beberapa jenis pinjaman yang biasa kita temui:

Gadaian 🏡

Jika anda membeli atau membuat pembiayaan semula sesebuah aset, ini adalah jenis pinjaman yang sesuai untuk anda. Rumah adalah aset paling bernilai untuk kebanyakan orang, sebab itu mereka memutuskan untuk memilih pinjaman jangka masa-panjang ini. Purata tempoh pembayaran semula adalah 25 tahun, tetapi tempoh ini boleh menjadi lebih lama. Gadaian tidak mudah diperolehi, sebenarnya ia sangat bergantung pada faktor peribadi, seperti skor kredit, aset, atau jenis pekerjaan. Bergantung di mana anda tinggal, mungkin terdapat undang-undang berbeza mengenai nilai gadaian boleh-capai, pembayaran bulanan maksima anda, pembayaran bulanan minima anda, dan anda harus mengkaji apakah aset yang boleh diumpilkan (ditarakan/diseimbangkan) dengannya.

Pembayaran Tertangguh 🐢

Jika anda mengetahui cara untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran tertangguh dengan betul, ia boleh menjadi manfaat untuk anda! Terdapat banyak perkhidmatan pembayaran secara dalam talian yang membolehkan anda menerima tempahan barang dan membayarnya kemudian (selalunya sehingga sebulan). Ini boleh memudahkan anda, contohnya apabila anda tidak boleh untuk menunggu sehingga gaji seterusnya. Namun begitu, kami mengesyorkan untuk sentiasa memastikan wang kecemasan anda tersedia untuk kes seperti ini, supaya anda tidak perlu tergesa-gesa mengambil pinjaman apabila sesuatu buruk berlaku.

Kad Kredit 💳

Kad kredit adalah satu benda yang membenarkan anda membayar dengan menggunakan wang milik peminjam. Kadar faedah dan had kredit ditetapkan oleh pemilik wang tersebut! Selalunya terdapat suatu tempoh masa untuk anda membayar hutang itu semula tanpa dikenakan faedah. Ia selalunya agak tinggi, jadi jangan lupa untuk memeriksa berkali-kali samada anda mampu membayarnya dalam masa yang ditetapkan. Ia adalah sistem yang bagus, tetapi ia boleh menyusahkan jika digunakan dengan kerap tanpa pengurusan dan kewangan yang betul. Sebelum mula membeli-belah, anda seharusnya berhati-hati mengenai kebaikan dan keburukannya: kerana kad kredit cenderung untuk menggalakkan anda untuk terlebih berbelanja dan membawa kepada lebih banyak hutang jika tidak diuruskan dengan penuh tanggungjawab. Sebaliknya, ia juga akan membantu anda membina skor kredit & jaring keselamatan anda bagi tujuan kecemasan.

Pinjaman Perniagaan 💼

Ia sangat penting untuk mengetahui bahawa tidak semua hutang itu menyusahkan: bahkan tanpanya, banyak peluang dan inovasi tidak dapat dicapai. Contohnya, anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri! Jika anda bekerja-sendiri dan dapatkan pinjaman perniagaan, anda boleh memperoleh pendapatan tambahan dan membayar semula hutang tersebut. Ia boleh menjadi sangat bermanfaat, tetapi harus diingat bahawa sentiasa terdapat risiko untuk diakhiri dengan perniagaan yang gagal dan hutang yang perlu dibayar.

Pinjaman Pelajaran 🎓

Pinjaman pelajaran selalunya digunakan untuk membiayai pendidikan yang lebih tinggi, seperti universiti atau kolej. Secara purata, seorang pelajar universiti di Amerika perlu meminjam sebanyak $30,030 untuk mendapatkan ijazah sarjana. Ia harus dibayar semula bersama dengan faedah, tidak seperti biasiswa atau geran. Kajian pada 2019 menunjukkan ia mengambil masa18.5 tahun untuk seorang pelajar membayar semula pinjaman pelajaran, hasil daripada 2000 penerima! Walaupun nombor-nombor ini adalah menakutkan, mendapatkan segulung ijazah membuka banyak peluang untuk pekerjaan dan gaji yang lebih baik.

Pemajakan 🧩

Pemajakan terdiri daripada banyak jenis, tetapi yang paling biasa ditemui ialah sewaan aset (contohnya kereta) yang dimiliki oleh syarikat pajakan. Jika anda memerlukan kereta, terdapat pilihan pajakan untuk membayarnya selain daripada membelinya dengan wang anda sendiri! Semasa akhir tempoh, kereta itu akan kekal dimiliki oleh syarikat pajakan atau anda boleh memilikinya jika anda membayar nilai baki kereta tersebut, kepada syarikat pajakan itu.. Walaupun anda tidak memiliki kereta itu sepanjang tempoh pajakan, ia adalah cara yang bagus untuk membiayai aset anda!

Dan apakah perkara yang perlu anda tahu?👀

Untuk membantu anda memahami topik ini, kami telah sediakan senarai beberapa ekspresi/terma yang biasa digunakan:

Skor Kredit 💳

Rekod Kredit ialah apa yang membina skor kredit seseorang, dan ia terdiri daripada pelbagai faktor: hutang, jenis akaun, usia akaun dan malahan pembayaran lewat. Ia seharusnya mencerminkan tanggungjawab anda dalam pembayaran semula hutang. Matlamatnya ialah untuk mendapat skor yang lebih tinggi, memandangkan ia akan menjadikan anda lebih bagus pada persepsi pihak yang berpotensi menjadi peminjam anda! Sistem skor kredit hanya berfungsi di sesetengah negara, tetapi kadangkala ia bersamaan dengan pendaftaran penghutang.

Faedah 📈

Apabila membuat pinjaman daripada mana-mana pihak, pembayaran semula untuk jumlah pokok/asal adalah tidak mencukupi. Kadar faedah adalah peratusan yang dikenakan daripada jumlah pinjaman. Inilah bagaimana peminjam wang memperoleh pendapatan — dengan mengenakan faedah kepada anda, sebagai tambahan kepada apa yang anda bayar semula. Peminjam pemangsa wujud dengan mengenakan faedah yang sangat tinggi yang mengambil kesempatan terhadap orang terdesak yang mempunyai nilai skor kredit yang rendah, yang memerlukan wang dan tidak boleh mendapat pinjaman di tempat lain, jadi berhati-hatilah dan pastikan anda hanya meminjam daripada sumber yang dipercayai!

Liabiliti 💸

Liabiliti ialah tanggungjawab yang belum dibayar: contohnya hutang bank, hutang gadaian, cukai pemilikan, atau beberapa invois. Seperti yang dapat anda lihat, liabiliti ialah terma yang lebih luas manakala hutang pula adalah satu-satunya jenis yang ada.

Penggabungan 💰

Penggabungan hutang membenarkan anda untuk mencantumkan pelbagai jenis hutang kepada satu bayaran bulanan. Jika anda sedang menguruskan bermacam-macam pembayaran semula hutang setiap bulan, ini mungkin sesuatu yang anda perlu lihat dan pertimbangkan. Apabila anda menggabungkan pelbagai pinjaman kepada satu, anda selalunya akan mendapat terma baharu seperti kadar faedah lebih rendah atau jumlah pembayaran semula bulanan lebih rendah, jadi ini mungkin merupakan langkah pertama yang bagus untuk melepaskan diri daripada hutang!

Pembiayaan Semula 💰

Pembiayaan semula hutang adalah sama dengan penggabungan hutang, tetapi ia adalah lebih sesuai, jika anda merancang untuk hanya menggantikan satu hutang dengan terma-terma yang lebih menguntungkan contoh seperti kadar faedah lebih rendah atau jumlah pembayaran semula bulanan yang lebih kecil.

Pemuflisan 🤯

Pemuflisan ialah satu prosedur undang-undang yang membenarkan untuk menyelesaikan hutang disebabkan ketakmampuan bayar oleh seseorang/sesebuah syarikat. Seseorang individu diisytiharkan sebagai muflis jika keadaan tidak seperti bertambah baik dan hanya terdapat harapan yang tipis untuk membayar semula hutang. Anda perlu ambil maklum bahawa barang/harta kepunyaan anda perlu dinilai dan mungkin akan digunakan untuk membayar semula hutang dan sungguhpun begitu, anda malahan mungkin masih belum bebas sepenuhnya daripada hutang anda! Setelah diisytiharkan muflis,selalunya ianya tidak mungkin untuk anda mendapatkan jumlah hutang yang lebih besar atau memohon pinjaman. Kunci untuk mengekalkan pengurusan kewangan yang bagus selepas pemuflisan ialah dengan membina semula skor kredit anda & gunakan pendapatan anda dengan bijak!

Pembayaran Semula 💸

Ansuran berkala yang digunakan untuk memulangkan semula wang kepada peminjam. Kunci kepada kesihatan kewangan yang baik ialah memahami bagaimana pembayaran semula hutang anda berjalan dan seterusnya mempunyai pelan untuk itu. Tempoh pembayaran semula boleh berubah bergantung pada pinjaman anda, selalunya tempoh gadaian ialah bertahun-tahun, manakala pinjaman kereta boleh dibayar semula dalam masa beberapa tahun sahaja.

Jumlah Pokok 🤑

Wang utama yang anda pinjam pada permulaan disebut sebagai pokok. Jadi keseluruhan hutang terdiri daripada pokok ditambah dengan faedah yang terkumpul ke atas pokok.

Penghapusan Hutang ❌

Program penghapusan hutang disusun untuk membantu anda membayar hutang anda dengan lebih mudah, tanpa menyebabkan kesan negatif yang besar pada skor kredit atau pengurusan kewangan peribadi anda.

Keluarga Spendee Anda

📲 | Instagram | Facebook | Twitter

--

--

Spendee
Spendee

Written by Spendee

Personal finance app that gets your money into shape. Connect your bank. 💳 Track & analyze & budget your finances. 💰Download app here: http://get.spendee.com

No responses yet