Wang Kecemasan 101: Menjangkakan yang Tak Terjangka

Spendee
4 min readJun 9, 2021

--

Hidup ini penuh dengan peristiwa yang tidak diduga — sesetengahnya tidak begitu penting, manakala yang lain boleh meranapkan segala apa yang anda telah anda usahakan. 🤯 Matlamat pengurusan wang anda yang utama ialah untuk berbelanja kurang daripada pendapatan anda, supaya anda boleh membuat simpanan. Tetapi adakah ianya mencukupi? Mempunyai wang kecemasan membenarkan anda untuk membezakan dengan mudah antara wang “dilarang sentuh” (atau wang kecemasan) & wang lain yang tersedia untuk tujuan pelaburan atau untuk digunakan untuk matlamat jangka-pendek atau jangka-panjang (seperti pendidikan, percutian, persaraan atau penginapan)

Wang kecemasan secara ringkasnya boleh didefinisikan sebagai satu akaun dimana anda mengasingkan wang untuk digunakan bagi perbelanjaan yang tidak dijangka. — Adam Hagerman 🚨

Bahagikan simpanan anda kepada tiga kategori ini.

Simpan Wang & Berlatih Mengawal Diri Sendiri

Apakah sebuah kecemasan bagi anda? Adakah apabila kereta anda rosak sehinggakan anda susah untuk bergerak ke mana-mana? Adakah apabila televisyen rosak? Mungkin ianya apabila pembedahan yang telah dijadualkan untuk anda. Atau rumah anda dinaiki banjir? Mungkin minda anda menjerit “kecemasan’ apabila melihat pakej percutian musim panas yang mempunyai potongan 70%. Tetapi betulkah begitu? Sekarang, semasa anda membaca senarai ini — anda mungkin sudah pun sedang menyusun prioriti untuk wang anda yang bakal digunakan untuk setiap situasi. Tetapi apa yang sepatutnya diperuntukkan oleh wang kecemasan, dan apa pula oleh wang simpanan?

1. Kehilangan kerja 💼

Ianya perkara yang sangat tertekan untuk dialami oleh sesiapa pun, dan anda mungkin mengambil masa yang lama untuk kembali bangkit. Itulah situasi biasa apabila wang kecemasan menjadi berguna. Ia memberikan anda masa untuk memilih pekerjaan yang tepat untuk anda (mungkin membuatkan anda menemui pekerjaan idaman anda!) dan memastikan anda tidak berakhir pada situasi yang memerlukan anda untuk meminjam wang tanpa memikirkannya dengan teliti dahulu.

2. Kesihatan 💊

Perbelanjaan perubatan selalunya tidak dapat dijangka, dan walaupun anda menjalani gaya hidup sihat, anda boleh juga tiba-tiba jatuh sakit. Daripada rawatan perubatan sehingga anggota badan yang patah, perbelanjaan rawatan pergigian atau pembedahan yang kritikal, semuanya memerlukan peruntukan. Dan bukan kesihatan anda sahaja — anda juga perlu mempertimbangkan kesihatan ahli keluarga terdekat, anak-anak & haiwan peliharaan anda.

3. Kereta 🚘

Jika anda menggunakan kereta setiap hari untuk bergerak ke mana-mana, tanpa ragu-ragu lagi ianya memang satu keperluan. Ia tidak bermakna anda akan menggunakan wang kecemasan anda untuk membeli kereta baru, atau gunakannya bagi tujuan sedikit penyelenggaraan, sebaliknya ia bermakna bahawa anda telah pun tersedia mempunyai wang dalam simpanan anda, jika ia benar-benar membuatkan anda terpaksa membelanjakan wang.

4. Urusan Keluarga yang Tidak Terjangka 👫

Ahli keluarga yang jatuh sakit atau meninggal dunia harus juga dipertimbangkan, terutamanya bagi orang yang hidup dari bulan ke bulan (orang yang meneruskan hidup bergantung pada wang yang ada dan tidak mempunyai simpanan). Terdapat pelbagai kos yang berkaitan dengan peristiwa malang ini, jadi pastikan anda sedia maklum akan kosnya dan ketahui berapa pula yang anda boleh sediakan.

5. Perumahan 🏡

Jika bumbung anda mula bocor, anda menggunakan wang itu untuk membaikinya. Jika musim sejuk sudah tiba dan alat pemanas anda tidak berfungsi, saya pasti kita boleh mengakuinya sebagai satu kecemasan. Tetapi jika televisyen anda ketinggalan zaman atau lama-kelamaan mesin basuh anda berbunyi semakin kuat, pastikan anda menggunakan wang simpanan anda, bukan wang kecemasan anda.

Anda Boleh Tidur Lena Jika Anda Patuhinya

Kami tahu, mengasingkan wang anda mungkin kelihatan satu halangan besar yang menahan anda daripada membeli apa-apa yang anda inginkan sekarang, tetapi bayangkan ia sebagai satu timbunan kebebasan untuk anda bagi masa hadapan. Selepas mengumpulkan wang kecemasan anda, anda sebenarnya tidak perlu menyentuhnya lagi (sehingga munculnya kecemasan) dan anda akan lulus ujian pertama dalam “Menjadi Orang Dewasa Yang Bertanggungjawab”. Seperti yang disebutkan tadi, ia membolehkan anda untuk menjadi bebas… bebas daripada hutang, bebas daripada meminjam wang daripada sumber yang anda tidak pertimbangkan dengan teliti. Jika boleh, pilihlah cara yang tidak berbahaya dan bergantung pada wang anda.

Berapa Banyak Simpanan Anda Sepatutnya

Pakar mengesyorkan jumlah wang kecemasan harus sebanyak purata untuk 3 bulan perbelanjaan, dengan yang paling ideal ialah purata 6 bulan perbelanjaan.

Bagaimana Untuk Mengumpul Wang Kecemasan Bersama Dengan Spendee

1. Anda perlu untuk mempunyai gambaran keseluruhan yang jelas bagi semua kewangan anda. Anda telah pun melaksanakan langkah ini — dengan menggunakan using Spendee 👏🏼

2. Tetapkan belanjawan. Tidak tahu hendak bermula di mana?

Itulah sebab yang tepat mengapa kami menyediakan artikel untuk anda.

3. Kira purata perbelanjaan bulanan anda! Ambil data untuk 3 bulan terakhir dan letakkan perbelanjaan bersama. Bahagikan jumlahnya dengan tiga untuk mendapatkan jumlah purata bulanan! Ia amat mudah apabila menggunakan pengkategorian secara automatik, kerana dengan menghubungkan akaun bank anda, ia membolehkan anda untuk melihat perbelanjaan untuk beberapa bulan sebelumnya!

4. Mula kumpulkan wang kecemasan anda. Mulakan dengan jumlah rendah! Tetapkan matlamat pertama anda sama tinggi dengan purata perbelanjaan untuk sebulan. Awasi perbelanjaan anda dengan kerap dan perhatikan simpanan anda berkembang setiap bulan.

Keluarga Spendee Anda

📲 | Instagram | Facebook | Twitter

--

--

Spendee
Spendee

Written by Spendee

Personal finance app that gets your money into shape. Connect your bank. 💳 Track & analyze & budget your finances. 💰Download app here: http://get.spendee.com

No responses yet