Insurans membolehkan anda untuk menikmati hidup anda sepenuhnya — dan lebih cepat anda memberikan perhatian kepadanya, lebih baik. Jadi, bagus untuk anda yang sudah berada di sini untuk bermula! Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan mengapa ianya penting & memperkenalkan anda dengan beberapa jenis insurans yang biasa ditemui.
Apakah insurans? 💡
Menjalani hidup setiap hari akan didatangi dengan masalah yang berbeza — jadi mengetahui bagaimana untuk mengurus dan mengurangkan risiko adalah penting. Insurans adalah secara ringkasnya, perlindungan kewangan dengan cara memindahkan risiko anda kepada syarikat insurans dengan mencipta satu kontrak. Dengan ini, apabila berlakunya peristiwa yang tidak diduga dan bersifat negatif, anda boleh mendapatkan pampasan wang bagi kehilangan yang berlaku.
“Insurans nyawa adalah satu kombinasi daripada prihatin, komitmen dan sikap munasabah.” — Howard Wight
Apakah manfaatnya? ✅
Jika salah satu matlamat anda ialah kebebasan kewangan, anda perlu sedar bahawa menginsurankan harta anda adalah sama penting dengan menyimpan wang yang mencukupi. Hidup tidak dapat diduga, dan terdapat kemungkinan dimana akan ada masanya nanti bil daripada kecemasan anda adalah lebih tinggi daripada keseluruhan wang simpanan anda, dan usaha yang bertahun-bertahun akan hilang begitu sahaja. Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira apakah situasi kewangan anda, jadi dengan adanya insurans anda akan mendapat jaminan untuk keselamatan kewangan dan melindungi anda dan juga keluarga anda. Ia memberi satu sudut manfaat kepada anda dengan membenarkan anda untuk hidup dengan tenang kerana sesuatu tragedi akan memberi kesan kepada kedua-dua minda & dompet anda, jadi anda tidak perlu tertekan sekurang-kurangnya pada salah satu daripada dua perkara ini.
Jenis Insurans 👀
Insurans melindungi apa-apa yang bermakna bagi anda, jadi ia boleh menjadi apa-apa sahaja baik barang berharga yang kecil, mahupun yang besar. Jenis insurans yang paling biasa ditemui ialah insurans untuk nyawa, kesihatan, kenderaan, kecacatan anggota badan, rumah, perjalanan jauh, atau perniagaan.
Insurans Nyawa 👨👩👦
Ianya sangat sukar untuk memikirkan mengenai situasi paling-buruk, tetapi jika berlakunya peristiwa sukar seperti kemalangan tragik, kecacatan, dimasukkan ke hospital atau malahan kematian, insurans nyawa adalah satu cara untuk membina kewangan yang stabil untuk anda dan orang sekeliling anda. Itulah sebabnya mengapa ianya menjadi kebiasaan untuk menginsurankan ketua keluarga — tetapi bukan itu sahaja satu-satunya kes. Insurans nyawa membantu anda untuk mengelakkan terjadinya ketakmampuan bayar akibat daripada kecederaan yang berlaku pada individu berpendapatan rendah jika anda bertanggungjawab pada sesuatu gadaian atau pinjaman lain.
Insurans Kesihatan 💊
Insurans Kesihatan terdiri daripada beberapa jenis, memandangkan terdapat pelbagai masalah kesihatan yang mungkin kita akan alami — penyakit tidak diduga, masalah keluarga atau individu, dan malahan penyakit disebabkan faktor usia. Dalam kebanyakan negara, kos penjagaan kesihatan semakin meningkat, memandangkan munculnya penyakit dan rawatan baru.
Insurans Kereta 🚘
Terdapat banyak jenis produk insurans kenderaan, tetapi dalam kebanyakan negara, ianya mandatori untuk untuk mempunyai sekurang-kurangnya insurans yang asas, yang akan melindungi pihak ketiga jika berlakunya kemalangan. Harga insurans kenderaan anda bergantung kepada kediaman anda, jenis kenderaan, rekod kemalangan anda, umur dan had perlindungan kewangan. Ianya penting untuk mempunyai insurans untuk kedua-dua kenderaan anda dan kenderaan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan.
Insurans Kecacatan 🤕
Sangat berkaitan dengan kemalangan, ianya penting untuk mempunyai jaringan keselamatan sekiranya berlaku apa-apa dan anda akan berakhir dengan hidup dalam keadaan kecacatan serius. Ini akan memastikan sebahagian daripada pendapatan anda dilindungi jika ada tidak mampu untuk bekerja.
Insurans Rumah 🏡
Malangnya, tempat yang paling kita sayangi di bumi yang kita rasa selamat di dalamnya sebenarnya tidak seselamat yang kita fikirkan. Jika terdapat risiko terlibat, ianya mungkin adalah yang besar: daripada kecurian, sehinggalah kepada kemusnahan alam sekitar. Rumah kita bukan hanya satu tempat yang kita tinggal di dalamnya, tetapi juga penuh dengan barang-barang berharga. Setiap satu situasi kita adalah unik, jadi terdapat banyak jenis insurans berbeza kerana ia memberi perlindungan untuk peristiwa yang berbeza.
Insurans Perjalanan ✈️
Ini merupakan jenis insurans lain yang bergantung sepenuhnya pada keperluan peribadi anda dan apa yang insurans normal anda lindungi. Walau apapun, jika anda perlu membuat perjalanan ke luar negara untuk satu tempoh yang lebih panjang, ianya bagus untuk mengambil insurans kerana ia melindungi untuk semua jenis peristiwa: pembatalan penerbangan atau penangguhan, kehilangan bagasi, aktiviti sukan yang berisiko, bantuan perubatan, kemalangan, atau kerosakan pada barang berharga anda. Ia juga penting untuk membandingkan lingkungan harga untuk ambulans dan penjagaan kesihatan di dalam kedua-dua destinasi perjalanan dan juga negara sendiri, memandangkan ianya mungkin lebih tinggi jika di luar negara.
Insurans Perniagaan 💻
Jika anda pemilik perniagaan kecil, anda perlu melindungi syarikat anda daripada risiko dan kehilangan pendapatan. Memandangkan ia merupakan bidang insurans yang sangat kompleks, lebih baik anda mendapatkan bantuan profesional. Jika anda tidak tahu hendak bermula di mana, lihat pada perlindungan liabiliti secara umum, pampasan pekerja, dan insurans automatik komersial. Perkara lain yang penting untuk dilindungi ialah alatan dan kelengkapan, harta, perabot, inventori, perbelanjaan kewangan yang tidak diduga, atau malahan pengebumian.
Kami berharap artikel ini dapat membantu anda untuk sedar yang terdapat banyak risiko dalam hidup kita dan ada cara yang boleh kita ikuti untuk mengurangkannya. Mungkin, anda sebenarnya sedang berada satu langkah lebih dekat untuk mengenalpasti apakah jenis insurans yang terbaik untuk anda! Setiap negara mempunyai laman sesawang yang mempamerkan perbandingan insurans, jadi mudah untuk anda mencari yang sesuai untuk anda.
Selamat Ber’Spendee! 💚