Bagaimana Bank Dihubungkan Dengan Selamat? ๐Ÿ”

Spendee
4 min readJun 9, 2021

--

Bagaimana Bank Dihubungkan Dengan Selamat? ๐Ÿ”

Spendee Premium akan membantu anda untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih selesa โ€” terima kasih kepada semua ciri-ciri yang sangat membantu seperti dompet bersama atau mengakses dompet tanpa had, belanjawan & label. Tetapi mungkin kebaikan paling bagus, yang menjimatkan kedua-dua wang dan masa anda ialah dengan menghubungkan akaun bank anda.

Spendee menawarkan hubungan/penyambungan yang selamat kepada 2500 pembekal kewangan iaitu daripada pihak bank sehingga kepada pembekal dompet kripto seperti Coinbase.

Dengan menghubungkan semua akaun kewangan anda, anda akan mendapat gambaran keseluruhan semua kewangan anda di satu tempat. Anda boleh hubungkan akaun cek, akaun simpanan, akaun debit/kredit, atau akaun pelaburan anda, bergantung pada bank anda. Menghubungkan akaun bank anda boleh menjimatkan masa anda dengan menjejaki pendapatan dan perbelanjaan anda secara automatik. Setiap kali anda membayar menggunakan kad atau menerima transaksi pendapatan ke dalam akaun bank anda, ia akan diimport secara automatik ke Spendee. Tambahan lagi, setiap transaksi akan dikategorikan secara automatik, supaya anda tidak perlu bersusah payah untuk meletakkannya secara manual. Anda sedang mempertimbangkan untuk menghubungkan bank anda? ๐Ÿฆ Baca lebih lanjut mengenai polisi keselamatan kami:

Kami Dilesenkan Oleh Bank Negara Kami ๐Ÿฆ

Kami di bawah pemerhatian berterusan oleh pengawal selia/peraturan yang ketat, untuk memastikan standard keselamatan dalam organisasi dipatuhi, jadi kami sentiasa mendemonstrasikan polisi dan langkah keselamatan.

Infrastruktur Yang Selamat ๐Ÿ”‘

Memandangkan keselamatan adalah prioriti utama kami, semua komunikasi dijadikan sulit. Bila-bila masa apabila data anda bergerak antara pelayan/server kami, dan telefon anda, atau kami memuat turun transaksi daripada bank anda, ianya hanya dilakukan menerusi saluran sulit supaya tiada siapa boleh melihat data sepanjang ia bergerak. Sejurus selepas data anda sampai ke server kami, ianya disimpan dan juga dijadikan sulit supaya pengguna yang diberi kuasa sahaja boleh mengaksesnya. Kami hanya menggunakan pembekal yang dipercayai untuk menjadi perumah (host) bagi pelayan (server) kami. Buat masa ini, kami menggunakan Platform Awan Google (Google Cloud Platform) yang memenuhi dasar pematuhan keselamatan yang paling ketat.

Keselamatan akaun Spendee๐Ÿ’ฐ

Ianya bergantung sepenuhnya kepada anda untuk berapa lama anda ingin menggunakan aplikasi Spendee. Anda boleh membatalkan atau menutup akaun anda bila-bila masa sahaja dengan memaklumkan kumpulan sokongan kami atau anda melakukannya sendiri di aplikasi sesawang kami. Apabila anda memadam akaun Spendee anda, semua data peribadi, akaun dan transaksi anda akan dipadam serta-merta dan secara kekal.

Bank dihubungkan dengan selamat Secured bank connection ๐Ÿฆ

Kami berurusan dengan semua maklumat akaun kewangan dalam mod baca-sahaja (read-only) untuk membolehkan memeriksa baki akaun anda dan memuat turun senarai transaksi. Namun begitu, kami tidak boleh untuk membuat pembayaran atau memanipulasi akaun anda dengan apa cara sekali pun.

Bagi bank yang dihubungkan melalui Open Banking API, anda akan mengelog masuk sendiri ke bank anda dan kami akan menerima tanda/simbol (token) kebenaran sekali sahaja yang mempunyai had masa. Dengan itu, kami tidak akan mendapat akses kepada kata laluan anda.

Bagi sesetengah bank, anda perlu untuk memberikan kami kata laluan anda untuk membolehkan kami mengakses data bank anda. Kata laluan itu tidak akan dapat diakses oleh mana-mana pekerja Spendee dan akan disimpan di tempat penyimpanan yang selamat dan sulit. Kuantiti data yang sensitif (kebenaran untuk log masuk) disimpan dan hanya jika anda memilih untuk berbuat demikian.

Cubanya sendiri dengan sesi Percubaan Percuma kami! ๐Ÿ”ฅ

Selepas menghubungkan bank anda, proses menganalisis kewangan anda kan menjadi lebih mudah, terima kasih kepada pengimportan serta-merta 2 bulan transaksi anda ๐Ÿ‘€

Walaupun anda perlu memasukkan maklumat pembayaran dahulu untuk memulakan sesi percubaan percuma, anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tempoh ini. Anda boleh membatalkan langganan bila-bila masa sahaja sepanjang sesi percubaan percuma. ๐Ÿค— Selamat Berโ€™Spendee!

Keluarga Spendee Anda

๐Ÿ“ฒ | Instagram | Facebook | Twitter

--

--

Spendee
Spendee

Written by Spendee

Personal finance app that gets your money into shape. Connect your bank. ๐Ÿ’ณ Track & analyze & budget your finances. ๐Ÿ’ฐDownload app here: http://get.spendee.com

No responses yet