Adakah anda berfikir untuk mendapatkan Spendee Premium? ⭐️ Di sini 5 Alasan Berharga Untuk Melanggannya! ✅ Kami membantu menguruskan kewangan anda dengan cara yang selesa — dan di sini caranya :
1. Sambungan Akaun Bank 🏦
Setiap perbelanjaan yang anda bayar dengan kad akan diimport secara automatik dan dikategorikan dalam Spendee supaya anda tidak perlu bimbang mengenainya. Kami menyokong lebih 2500 pembekal kewangan di seluruh dunia — termasuk e-Wallet & Crypto Wallet seperti Coinbase.
Sambungan akaun bank membolehkan anda menjimatkan masa & wang dengan melihat semua harta anda pada satu tempat! Anda tidak akan lupa untuk menambah transaksi anda 🤓
Hubungkan akaun bank anda hari ini & sekurang-kurangnya 2 bulan transaksi anda akan terus diimport ke dalam Spendee serta-merta!
2. Berkongsi Dompet Dengan Rakan & Keluarga 👫
Spendee tidak hanya mengenai kewangan peribadi anda. 😉 Ciri Dompet Bersama membantu anda untuk menguruskan kewangan keluarga anda, juga! 🙌 Menjemput ahli adalah mudah dan anda boleh menjemput seramai ahli yang anda inginkan. Hanya pemilik akaun perlu berada dalam pelan langganan, dan tetamu boleh menggunakan versi percuma!
Dompet Bersama adalah ciri yang bagus bagi pasangan untuk mengesan perbelanjaan atau pendapatan yang dikongsi bersama, ia juga boleh digunakan oleh rakan sebilik ingin mengesan perbelanjaan bersama untuk penginapan, atau oleh sesama rakan yang ingin pergi bercuti bersama-sama dan mengesan siapa yang telah membuat bayaran untuk sebarang perkara sepanjang perjalanan.
3. Bilangan Dompet Tanpa Had 💸
Menggunakan dompet berbeza untuk tujuan berbeza boleh membantu anda mengawal lebih baik daripada perbelanjaan berlebihan. Anda mungkin ingin untuk mendapatkan dompet khas untuk perbelanjaan bukan-harian, wang tunai, atau untuk akaun bank yang berbeza.
4. Bilangan Belanjawan Tanda Had 💰
Belanjawan di Spendee membantu anda menjimatkan wang! Ianya mudah — tentukan jumlah wang yang ingin belanjakan di dalam masa tertentu dan untuk kategori yang mana. Kami akan membantu anda untuk mematuhinya. 💪 Belanjawan sentiasa disetkan secara berulang, jadi anda boleh membandingkan dengan mudah, belanjawan kini dan sebelumnya dan lihat sejauh mana peningkatan anda.
Belanjawan tanpa had akan menjadi bermanfaat apabila melaksanakan peraturan belanjawan 50–30–20 — kerana kami mengesyorkan untuk anda bermula dengan 2 belanjawan mudah: penetapan 50% daripada pendapatan bersih anda untuk “Perbelanjaan Mandatori 🏡” dan 30% daripada pendapatan bersih anda untuk “Perbelanjaan Peribadi 👨🦲”. Jika ianya terlalu besar untuk anda, baca mengenai belanjawan yang disyorkan untuk kategori khusus.
5. Bilangan Label Tanpa Had ✅
Berseronok lah dengan label! 😻 Ia menambah info tambahan mengenai pembelian dimana ia boleh membantu dalam menganalisis dan memahami kewangan anda untuk masa hadapan. 👏
Dengan label yang tanpa had, anda boleh menggunakan banyak ‘use-cases’ sekaligus! 👀 Bahagikan transaksi anda kepada beberapa sub-kategori, kesan acara yang berlainan (contoh: percutian🏝 atau perkahwinan💍) atau labelkan keperluan anda dan patuhi peraturan belanjawan 50/30/20.💸 Adakah anda berminat dengan cara yang lebih kreatif untuk menggunakan label? Dapatkan inspirasi daripada artikel ini!
Bonus: Anda sedang menyokong Pereka Apps Ini 👫
Hai! 👋 Spendee dihasilkan dengan 💚 di Prague, Czech Republic oleh satu kumpulan kecil. Kami berbesar hati apabila sesiapa ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Spendee yang sedang berkembang! 👫
Kami Mempunyai Sesi Percubaan Percuma! 😍
Ya, anda boleh mencuba kesemua ciri ini dengan percuma! Ianya bagus sebagai analisis pantas untuk perbelanjaan terdahulu anda apabila anda baru sahaja memulakannya 💚Mari cubanya sekarang:
Walaupun anda perlu memasukkan info pembayaran anda dahulu untuk memulakan sesi percubaan percuma, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk sesi ini. Anda boleh membatalkan langganan bila-bila masa sepanjang sesi percubaan percuma ini. Sila beri perhatian, bahawa langganan akan diperbaharui secara automatik dalam masa 24 jam ⏰ sebelum berakhirnya sesi sekarang ini jika anda tidak setkan ‘aut0-renewal’ di dalam App Store/Google Play Store anda kepada off.