Sekurang-kurangnya sekali setahun, kita akan takutkan sesuatu yang paling teruk : bil utiliti kita menyembunyikan pembayaran tambahan yang menjengkelkan. Dan kita akan membaca bil itu dengan perasaan bimbang, takut dengan berapa banyak yang kita perlu membayarnya. Mari lihat beberapa tips berguna yang boleh membantu anda untuk mengurangkan bil utiliti anda sehingga 25% supaya anda boleh salurkan lebih banyak wang ke dalam simpanan anda!
Tenaga Elektrik ⚡️
1. Beli peralatan elektrik yang efisien
Buat analisis kewangan anda dahulu sebelum membeli alat elektrik yang amat murah: ia mungkin akan membuatkan anda lebih banyak belanja untuk jangka masa panjang akibat ketidakcekapan alat itu. 🙅♂️ Cara terbaik untuk mengetahui kecekapan alat elektrik anda adalah dengan melihat beberapa faktor: saiz alat elektrik, pelbagai konfigurasi (contoh seperti peti ais yang mempunyai tempat khas), atau ciri yang ditambah (contohnya pembuat ais pada peti sejuk) yang boleh meningkatkan bil anda sehingga 20%. Jangan lupa untuk memeriksa label kecekapan — A+++ berbanding A+ boleh menjimatkan wang anda beratus-ratus ringgit setiap tahun.
2. Tukar mentol lampu anda
Gantikan mentol lama anda dengan mentol jenis LED, secara idealnya harus disertai dengan label kecekapan terbaik (A++) dengan sijil. 💡 Dalam perumahan biasa, pencahayaan merangkumi kira-kira 5% daripada bil tenaga elektrik. Jika anda tidak tahu dimana hendak bermula, anda gantikan dahulu 5 mentol yang paling banyak digunakan dan hitunglah berapa banyak yang anda sudah berjimat.
3. Gunakan lampu peka gerakan
Tidak perlu dinyatakan lagi kita harus menutup lampu untuk bilik yang kosong, tetapi kita mudah terlupa. 🙇🏽♂️ Gunakan lampu pengesan-gerakan untuk ruangan/bilik yang selalu dilalui — seperti lorong atau pantri.
4. Pastikan peti ais bersuhu ideal
Pastikan suhu peti ais anda tidak terlalu sejuk. ❄️ Jika suhu itu terlalu rendah, ia tidak akan memberi kesan kepada ketahanan makanan anda tetapi akan meninggikan lagi bil anda. Di dalam peti ais, suhu yang ideal adalah lebih kurang -18°C (-0.4°F), manakala suhu ideal di dalam peti sejuk adalah antara 6 and 7 °C (42.8–44.6°F).
5. Tutupkan alat elektrik yang tidak digunakan
Tutupkan alat elektrik yang tidak digunakan (setkan off)! 🔌 Cara terbaik ialah dengan menanggalkannya daripada soket, tetapi terdapat cara penyelesaian yang lebih mudah contohnya menggunakan suis khas yang boleh ditutup hanya dengan telefon anda. Pilihan lain ialah dengan membeli suis penentu (timer).
6. Melabur dalam tenaga solar
Manfaatkan tenaga solar sepenuhnya: anda boleh mulakan dengan lampu taman yang-dicas daripada matahari! ☀️ Di dalam beberapa negara, pihak kerajaan malahan telah menyokong pemasangan panel solar — jadi teruskan lah dan buat kajian anda dalam bidang ini!
Air 💧
7. Beli pemanas air yang cekap (efisien)
Jika anda menaiktaraf daripada gred kecekapan paling rendah, pemanas atau pemasak air anda boleh menjimatkan anda sehingga 400 USD (RM1600) setiap tahun! 🔥Jangan lupa untuk memeriksa pemanas air secara kerap dan setkannya kepada suhu lebih rendah jika perlu, hanya perubahan suhu yang kecil boleh mendatangkan perubahan yang ketara.
8. Pastikan suhu pemanas air sentiasa 60 (140°F)
Suhu ideal untuk pemanas air ialah 60 °C (140°F). 👏 Ini merupakan kompromi antara keperluan kebersihan dan untuk mencegah pengumpulan ‘limescale’ — kerana ‘limescale’ sering menjadi punca untuk pemanas air anda kurang berkesan.
9. Cuci pakaian dengan suhu lebih rendah
Anda ingin mengurangkan penggunaan tenaga setiap cucian anda sebanyak hampir 50% 👀 Gunakan air sejuk atau panas! Jika anda hanya membuat cucian biasa, cuba tukarkan suhu 40°C kepada 30°C (86°F) — ia akan memberi banyak perbezaan pada penghujung tahun.
10. Baiki kepala paip yang bocor
Adakah anda tahu betapa banyak sebenarnya titisan air bocor yang menjengkelkan ini akan membuatkan anda berbelanja? 💦 Cuba lihat kalkulator daripada American Water Works Association ini untuk tahu. Jangan lupa bahawa anda bukan sahaja membayar untuk air yang terbazir, tetapi untuk tenaga yang digunakan untuk memanaskannya juga.
11. Mandi lebih cepat
Jadikan satu kebiasaan untuk mandi lebih cepat! 🚿 Mengurangkan hanya 1 atau 2 minit masa mandian anda boleh menjimatkan bergelen-gelen air setiap tahun — mulakan dengan mempertimbangkan untuk menggunakan kepala semburan yang lebih efisien dan membeli penentu masa untuk air panas.
12. Berhubung dengan pembekal
Komunikasi ialah kuncinya! 💬 Minta pembekal anda untuk membuat audit secara berkala — kadang-kadang ianya percuma dan membantu anda untuk mengetahui apa yang boleh diperbaiki. Pembekal juga tahu bilakah lebih berbaloi untuk ia dibaiki, jadi anda boleh mendapat dengan bertanyakan sekeliling.
Pemanasan ☀️
13. Memasang pam pemanas
Pemasangan pam pemanas boleh menjimatkan masa dan bumi. 🌱 Perbelanjaan anda boleh berkurang sehingga 50% kerana anda akan memanaskan tanpa menghasilkan pemancaran haba! Berbaloi, bukan?
14. Memasang injap termostatik
Jika anda tidak mempunyai injap termostatik, letakkannya ke dalam senarai-perlu anda: ia secara asasnya adalah alat pengatur haba yang bagus, yang membantu menyalurkan pemanasan apabila ia tidak diperlukan. 🔥 Apabila suhu ideal telah dikesan oleh alat pengesan, ia akan mengubah aliran pemanasan!
15. Periksa pelekat di tingkap
Pelekat yang tidak bagus di tingkap, pintu, dan malahan peti sejuk adalah secara literalnya mencampakkan wang keluar daripada tingkap! 💨 Kedapan udara di rumah boleh menjimatkan sehingga 15% daripada bil pemanasan anda dan menjadikannya lebih efisien.
16. Menebatkan bumbung anda
Ini tidak semudah seperti memeriksa pelekat, tetapi ia ternyata boleh membuat perubahan besar! 🏡 Menebatkan bumbung boleh membantu untuk menghalang haba daripada mengalir keluar daripada rumah anda. This isn’t as easy as checking the seals, but it can definitely be a game-changer! 🏡
17. Pakaian pemanas
Jika anda merasakan yang anda terlebih belanja untuk tujuan pemanasan, cuba pakaian rumah anda dengan memakai ‘sweatshirt’ apabila anda berasa terlalu sejuk.👚 Jika ini tidak membantu untuk beberapa minit, anda boleh mengubah suhu.
Lain-lain 💡
18. Manfaatkan sepenuhnya cahaya semulajadi
Luangkan kebanyakan masa anda di dalam bilik yang terang 💡 Tingkap yang besar & pangsapuri yang dibina dengan bijak mempunyai kelebihan: tidak perlu untuk memasang lampu ketika waktu siang. Jika anda cukup bertuah untuk memiliki ruang kediaman sebegitu, hargailah cahaya & kehangatannya!
19. Perhatikan penggunaan anda
Sudah tentu, perhatikan tahap penggunaan supaya bil utiliti anda tidak akan membuatkan anda terlampau terkejut. Ambil tahu apa yang menyebabkan ia tinggi & belajar untuk mengubah kebiasaan anda. Adakah anda ingin memerhatikan utiliti anda dengan lebih baik? Cipta Belanjawan di Spendee untuk kesemua Bil anda! Anda boleh menggunakan Labels untuk mambantu anda membezakan antara Elektrik ⚡️ Air 💧 Pemanasan ☀️ dan utiliti lain.
20. Tukar pembekal anda
Bergantung pada lokasi anda, menukar pembekal boleh menjimatkan anda beratus-ratus dolar! Bertanya lah sekeliling untuk mendapatkan kadar harga dan keadaan yang berbeza.